Soalan Lazim Warga JKNS

Kepada Bahagian Pentadbiran

A. Pengesahan Perkhidmatan

1. Bilakah seseorang pegawai awam disahkan dalam perkhidmatan?

Seseorang pegawai awam boleh memohon pengesahan jawatan apabila telah memenuhi syarat perkhidmatan yang ditetapkan dalam surat pelantikan dan skim perkhidmatan jawatan berkenaan:


berjaya menjalani tempoh percubaan 1 – 3 tahun;

hadir dengan jayanya Kursus Induksi Khusus dan Program Transformasi Minda;

lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan dan;

mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.

2. Apakah dokumen yang diperlukan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan?

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti:


(a) Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan, Jadual Keempat [subperaturan 33(2)]

(b) Borang opsyen bagi skim KWSP mengikut subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980, Jadual Kelima (Peraturan 36)

(c) Kenyataan perkhidmatan kemaskini dengan catatan:


Hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus;

Keputusan peperiksaan yang disyaratkan;

Pelanjutan tempoh percubaan (jika berkenaan); dan

Keputusan tatatertib (jika berkenaan).

B. Pemberian Taraf Berpencen

Bilakah seseorang pegawai awam layak diberi taraf berpencen?

Seseorang pegawai awam layak diberi taraf berpencen apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat selama tiga (3) tahun serta mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan melalui borang Perakuan Pemberian Taraf Berpencen, Jadual Keenam [subperaturan 37(2)].

C. Gantian Cuti Rehat (GCR)

1. Berapakah kadar kelayakan cuti rehat yang boleh dikumpul oleh pegawai awam pada suatu tahun untuk tujuan Gantian Cuti Rehat (GCR)?

Seseorang pegawai awam boleh mengumpul cuti rehat disebabkan:


atas desakan perkhidmatan (disebabkan tidak dapat menghabiskan cuti tahunannya)

kadar kelayakan tidak melebihi separuh (1/2) daripada kelayakan cuti tahunan (contoh: jika kelayakan cuti tahunan 25 hari maka 12 hari saja boleh dikumpul begitu juga jika kelayakan cuti tahunan 35 hari hanya 15 hari saja boleh dikumpul)

mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan

2. Bilakah permohonan pengumpulan Gantian Cuti Rehat (GCR) boleh dilakukan?

Permohonan pengumpulan Gantian Cuti Rehat (GCR) boleh dilakukan bermula penghujung tahun (Disember) sehingga 15 Februari tahun berikutnya. Permohonan GCR ini juga hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan.

D. Kadar Cuti Rehat

Berapakah kadar cuti rehat seseorang pegawai awam dalam setahun?

Kadar Cuti Rehat seseorang pegawai awam ialah berdasarkan,


Jadual Kelapan [subperaturan 144(1)]

Kumpulan Gred

Di bawah 10 tahun Perkhidmatan

Lebih 10 tahun Perkhidmatan

Pengurusan tertinggi

30 hari

35 hari

31-54

30 hari

35 hari

21-30

25 hari

30 hari

1-20

20 hari

25 hari

E. Pinjaman Peribadi

1. Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang kakitangan semasa memohon pinjaman peribadi?

Apabila seseorang kakakitangan hendak memohon pinjaman peribadi, seseorang itu hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti:


Jarak permohonan ini dengan permohonan terakhir yang telah diluluskan adalah tiga (3) tahun;

Lantikan baru hendaklah telah berkhidmat dua (2) tahun; dan

Jumlah kelayakan 60% daripada gaji kasar tetapi baki gaji bersih selepas potongan baru ditolak mestilah RM 750.00.

2. Apakah peranan Ketua Jabatan jika didapati kakitangan bawahannya mengalami keterhutangan kewangan yang serius? 

Ketua Jabatan perlu memantau dan memperingatkan kakitangan di bawah jagaannya supaya mematuhi surat-surat pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. Sekiranya kakitangan bawahannya masih tidak mematuhi surat-surat pekeliling dan berada dalam keterhutangan kewangan serius, Ketua Jabatan perlulah bertanya kepada pegawai bagai manakah ia menyelenggara kehidupannya. Walaupun mempunyai keterhutangan kewangan yang serius, tetapi pegawai telah menunjukkan prestasi kerja yang baik serta tidak melanggar tata kelakuan perkhidmatan awam di bawah Peraturan 4, maka tindakan tatatertib tidak perlu diambil. Ketua Jabatan perlulah memantau secara berterusan supaya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.

Kepada Bahagian Akaun

A. Mengenai Bayaran Tuntutan

1. Berapa lama baucar bayaran bagi tuntutan diproses?

1 hingga 5 hari bekerja sekiranya dokumen lengkap dan teratur.

2. Bilakah tarikh akhir penerimaan borang atau penyata tuntutan Bayaran Am?

Untuk mematuhi A.P. 103, tuntutaan hendaklah dikemukakan dengan segera dan bayaran perlu dibuat tidak lewat dari 7 hari bekerja dari terikh ianya diterima denga lengkap dan sempurna.

3. Bilakah tarikh akhir penerimaan borang atau penyata tuntutan Bayaran Tuntutan Perjalanan?

Untuk mematuhi  A.P. 100 (a) semua baucar perlu dikemukakan kepada Jabatan Bendahari Negeri tidak lewat dari 10hb pada bulan berikutnya,  Oleh itu tarikh akhir penerimaan borang tuntutan di Bahagian Akaun ialah tidak lewat dari 5 haribulan pada bulan berikutnya atau mengikut jadual sekiranya ada pekeliling dikeluarkan.

4. Apakah maksud Bayaran Elaun Kerja Lebih Masa

Bayaran Elaun Kerja Lebih Masa adalah bagi kerja-kerja rasmi/hakiki seseorang kakitangan yang dijalankan atas arahan Ketua Jabatan di luar waktu bekerja biasa yang telah ditetapkan, atau pada hari rehat mingguan atau pada hari kelepasan am dan tidak diberikan Cuti Gantian. Seseorang yang telah diberi Cuti Gantian tidak layak menuntut Bayaran Elaun Kerja Lebih Masa.

Alamat kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Emel: helpline.keretapi@gmail.com / korporat.keretapisabah@gmail.com

Faks: 088-279319

Dasar Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail bunyi, fail video, susunan struktur, kod sumber dan semua aspek lain adalah hak cipta oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipaparkan, diterbitkan semula, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diniagakan dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini atau dimasukkan sebagai pautan. Tiada tanggungjawab akan diterima untuk ketepatan, kesempurnaan, atau kesesuaian maklumat untuk tujuan pengguna. Bagi sesiapa yang menggunakan maklumat untuk sebarang tujuan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada jabatan dan agensi yang berkaitan, atau sumber yang betul.


ADUAN AWAM

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No. 1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

latihankorporat@gmail.com

088-279 300